Merdeka. Apakah sebenarnya makna kebebasan yang kita selalu impikan?
Tahun ini merupakan tahun yang penuh bermakna bagiku, dengan pengakuan diriku sebagai lelaki yang menyukai lelaki lain sebagai puncak segala perubahan. Ya, negara ini masih melihat isu homoseksual sebagai satu jenayah, dan kita belum merdeka dari pelabelan isu ini sebagai satu kes klinikal walaupun negara Barat yang penuh dengan pakar psikologi sudah memadamkan perkaitan ini dari manual perubatan dan psikologi. Aduhai.
Saya percaya bahawa negara ini penuh dengan seribu kemungkinan, dan kepercayaan ini senantiasa disakiti oleh propaganda dan pemimpin negara yang seoleh-oleh belum mencapai kematangan fikiran. Saya sayang Malaysia, mungkin lebih banyak dari banyak rakyat yang sudah berputus asa dan berpusu-pusu ke negara lain yang difikirkan menawarkan lebih peluang.
Saya tidak akan hilangkan harapan yang semacam bayi dan saya harap anda juga akan menggunakan kebolehan anda dalam apa-apa bidang untuk mengembangkanharapan ini menjadi realiti.
Selamat Hari Jadi Malaya. Selamat meraikan kebebasan anda, pembaca semua.
Hijau, Zainal Abidin.





